Sunday, September 30, 2012

tips kurus dari SIL.. tara...

salam, hai kawan2, it's almost 1.00am.. tp masa ni la boleh focus utk jot down sikit2 this lovely jurnal.. lagi pun sebab dh janji dgn kawan2 nak tulis skit resepi baru ni kan, so, gagah kan jugak menulis tgh malam buta ni.. ok lepas ni ye kita wat qiyamullail... huhuhu...lagi pun tgh tunggu my mom nak sampai.
seriously, mmg my SIL dh kurus sikit.. dia just DIY je diet... apa tips nye? harap2 SIL bagi la ye kongsi in this jurnal.

senang n simple..
pagi makan biskut cicah air
tghari makan biskut cicah air (lagi)
ptg (kul 4) baru makan nasi..
so, malam xyah makan dh...
bykkan minum air masak..


 oh, tgh memalam ni mula rindu giler kat my shake.

tp, bg org yg blh tahan, mmg berkesan sgt.. ada stgh org sgt tak tahan lapar k.. tambahan klu preggy, BF, dll, silap2 haribulan, susu pun xmo kuar.. huhuhu.. dh la si irfan tu tak mau nyer susu lain... adeh ahh...

for me, my diet sgt bergantung dgn situasi dan keadaan diri... klu menahan lapar smpai jd gastrik pun xguna jugak diet kan? silap2 haribulan leh masuk sepital plk... dan dah 2-3 minggu ni berdiet dgn shake, alhamdulillah nampak perubahan. cuma belum timbang lagi je... apa yg saya amalkan ialah
breakfast mmg aloe, teamix dan shake+oat+madu je... tghari baru makan nasi, ptg biskut cicah kopi R, malam, depends,kdg2 just popia basah, kdg2 makan nasi skit, lebihkan sup sayur, kdg2 set shake..
sbb saya nak mempelbagaikan makanan saya.. kdg2 akan jadi jemu klu tiap hari hidangan yg sama kan.. so, it's up to u all utk amik apa jua hidangan, asalkan tak lari dari matlamat asal nak kurangkan pengambilan kalori sehari.

apa jua cara kita berdiet, berlapar bukan lah jalan penyelesaian. sbb nnti akan memberi masalah pada kemudian hari. apa yg penting, lebihkan ,makanan yg memberi tenaga dan zat yg cukup berbanding makanan yg berminyak dan berkolestrol tinggi.

tips yg paling penting utk kuruskan badan ialah banyakkan minum air masak. mengikut berat badan, setiap 25 kg=1 litr air masak yg diperlukan.so, air ni yg byk beri rasa kenyang, bakar metabolisma dan lemak, dan mencukupkan kandungan / operasi tubuh badan kita.
juga, jgn makan nasi di malam hari!. this is very important..klu nk kurus, makan nasi lepas pukul 8 malam adalah sgt dilarang.sebelum kul 8, boleh lagi.. coz nasi perlu 4 jam utk dihadam dgn baik.. klu tak, jadi la lemak tambahan...

oh ya, lupa nak bagi tau, shake tu, mmg bagus utk org menyusu baby... jd banyak air susu nyer.. org preggy pun boleh minum.. sbb dia takde bahan yg merbahaya..

korang nak tau ke berapa berat lemak dlm organ korang? sbb lemak ni sgt bahaya.boleh jadi penyebab penyakit serious.klu lemak bawah lapisan kulit senang nak hilang, tp lemak dlm organ, mmg susah.so, nnti bila2 kita leh hang up, kita wat timbang berat guna penimbang canggih ni, ok?

ok la u oalls.. nnti ada masa lagi, kita update tips baru utk diet yer... ada lagi, tp dh lupe, mommy dh smpai...tata...
wsalam

Tuesday, September 25, 2012

setelah beberapa ketika...

ohhoooho..... beberapa hari menyepi bukan makne maleh nak menyambung... tp, ada beberapa problema la.. just keep it.. my baby pun demam nak belajar merangkak.. it's ok.. i'm super mak kan!!...

oh ye... alamak... jeles nye tgk team balik dr macau.. xpe, next time our turn pulak k.. so, buat bisnes betul2!!!..

after a week, ramai dh mula menegur, makin susut la badan.. apa rahsia nye? auww.... hubby pun asik dok cakap dah susut badan sayang ni.. alamak... ni bes ni.. every day take a shake twice with a meal ... ye ker? xjugak, becoz of my baby fully BF, so, terpaksa la selang seli kan.. once a shake n twice a meal..kdg2 je buat twice shake... tp, srg breakfast dh sgt easy for me yg selalu bz tlg suami benege, n jg sikecil..biasanya take a breakfast aloe, teamix, n shake. Lunch plk nasi +lauk pauk+ sup sayur (mmg tak tinggal), tu pun ikan je lauknya n selang seli, goreng, rebus, stim, sup dll.. ni pun tgh cari resepi utk nak masak ikan tu esok...
malam pulak, biasanya amik meal jugak atau snek ringan je... kdg2 popia basahn buah-buahan je...




semalam, my beloved mom datang rumah, ingat kan mak tak suka ngan produk2 ni... rupanya,... hari ni on d way mak balik ktn, mak mesej, "nanti bawa balik ktn produk tu seme, mak nak makan... td xsempat"...ohohoo... ni yg buat semangat bertambah ni... tp ada sedikit kekangan buat masa ni... i cant go out easily... xpe, dlm diam saya akan berusaha keras!!!... InsyaAllah...

sekarang dpt style baru, org dtg, hidang shake ni kat org, bagi rasa... pastu, blh la buka citer sikit... ok la next time i jot down lagi yer... rindu kat shake plk memalam ni... esok je la.. nnti bertambah kalori ni.. huhuhu.. ok.. see ya...


 

Tuesday, September 18, 2012

Tips Gain Weight

"salam..saya nak tanya...umur saya dah 21 thun..tapi berat saya masih 35kg..huhu..macammana saya nak naikkan berat?saya dah makan banyak tapi tak naik jugak...selera makan saya pun kurang...i need your help...ramai cakap saya kurus dan kecik."






Ramai yang mengeluh kerana berat badan berlebihan, tetapi tahukah anda ramai juga mengeluh kerana badan terlalu kurus? Stigma masyarakat mengatakan orang berbadan besar sebagai "sihat" dan yang terlalu kurus pula dikatakan "sakit". Sedangkan kedua-dua terdapat risiko masing-masing. Diatas ialah keluhan salah seorang pengikut halaman facebook 'Tanya dietititan'. Antara keluhan yang biasa kita dengar ialah "dah banyak saya makan tapi kerempeng jugak" atau badan tak naik-naik. Lagi, "famili saya semua kurus kering, saya pun sama".

Sebelum saya mengulas lebih lanjut tentang permasalahan di atas, mari kita selami apa? Kenapa? Bagaimana? Keadaan sebegini boleh berlaku.

Apa definisi kurang berat badan?
Individu yang mempunyai berat badan 15-20% kurang bagi ketinggian atau umur (krause,2000).
Ukuran IJT atau indeks jisim tubuh juga boleh digunapakai untuk penentuan kekurangan berat badan. Yakni, individu yang memiliki IJT kurang dari 18.5 dikategorikan dalam golongan kekurangan berat badan.

Punca kekurangan berat badan?
Sebahagian faktor adalah di sebabkan masalah fizikal dan sebahagian lagi berpunca dari masalah psikologikall. Berikut antara punca penurunan berat badan:

1) Penyakit
Individu yang berpenyakit akan menyebabkan penurunan berat badan dan seterusnya mengalami masalah kekurangan berat badan jika tidak mendapat rawatan sewajarnya. Antara penyakit yang sering dikaitkan ialah hipertiroidisma, kanser, batuk kering, kencing manis dan HIV atau AIDS. Keadaan berpenyakit melibatkan keperluan tenaga meningkat tetapi simptom atau kesan dari penyakit menyebabkan badan pesakit tidak mampu menampung keperluan tenaga yang tinggi. Antara kesan atau simptom yang berkaitan ialah kekurangan selera makan, peningkatan kadar metabolisma, keletihan, ulser mulut, masalah pencernaan dan sebagainya.

2) faktor psikologi
Antara masalah psikologi yang sememangnya membawa kepada masalah berat badan ialah aneroksia dan bulimia. Tetapi, masalah psikologi seperti kemurungan lebih kerap berlaku dan menyebabkan individu mengalami kekurangan selera makan, keletihan, tidur sepanjang hari dan sebagainya. Tetapi tidak dinafikan, individu yang mengalami kemurungan juga akan mengalami kenaikan berat badan apabila mereka melampiaskan tekanan mereka dengan makan secara berlebih-lebihan.

3) ubat-ubatan
Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang boleh menyebabkan penurunan berat badan seperti ubat penahan, ubat penghalang penyerapan lemak atau menghalang metabolisma karbohidrat atau protein. Terdapat juga ubat yang memberi kesan sampingan seperti kekurangan selera makan, muntah, loya, cirit-birit dan sebagainya.

4) senaman berlebihan
Individu yang mengamalkan senaman berlebihan tanpa diseimbangi dengan keperluan tenaga yang sewajarnya akan mengalami penurunan berat badan. Para atlet adalah individu yang berkencenderungan mengalami masalah berat badan akibat menjalani latihan sukan secara berlebihan.

5) kekurangan enzim
Kekurangan enzim pencernaan dan penyerapan akan mengganggu proses pencernaan dan penyerapan nutrisi makanan dan seterusnya menyebabkan gangguan pada berat badan.

6) faktor genetik
Tidak dinafikan faktor genetik atau keturunan merupakan salah satu faktor penting. Ini kerana genetik akan melibatkan cara atau kadar tubuh kita bertindak dan salah satunya ialah kadar metabolisma. Tidak hairanlah, apabila kita lihat kecenderungan ibu bapa yang kurus untuk mendapat anak yang juga kurus lebih tinggi berbanding ibu bapa yang bertubuh besar. Tetapi, tidak dinafikan juga faktor persekitaran dan didikan dalam keluarga memainkan peranan yang besar dalam melahirkan keluarga bertubuh ideal.


Risiko kekurangan berat badan?
Risiko kekurangan berat badan berkaitan dengan kekurangan pengambilan nutrien, jadi kekurangan ini akan menyebabkan gangguan berdasarkan jenis kekurangan yang dialami. Sebagai contoh, akibat kurang pengambilan makanan tinggi kalsium dan nutrien penting lain, individu akan mengalami kondisi tulang rapuh. Risiko lain pula seperti sistem imuniti yang rendah dan ketidaksuburan. Semua ini sedikit sebanyak akibat dari kekurangan pengambilan kalori dan nutrien bagi menampung keperluan fungsi tubuh.

Jadi, tidak kira apa faktor masalah yang menjadi punca kekurangan berat badan. Gol atau tujuan penyelesaian ialah untuk menyeimbangkan pengambilan dan penggunaan kalori. Untuk menaikkan berat badan, kalori yang diambil mestilah lebih dari penggunaan. Jadi, tip utama ialah meningkatkan pengambilan kalori harian.




Caranya??
1) Tambah kuantiti makanan
Mungkin susah untuk kita mengira kalori yang biasa diambil. Tetapi lebih senang untuk kita menambah kuantiti atau porsi makanan yang diambil. Sebagai contoh, kebiasaan kita hanya mengambil sesenduk nasi, mungkin sebagai langkah awal kita menambah sesenduk lagi untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 75kalori tambahan.
Contoh lain, jika kita selalu mengambil roti sekeping bersama sesudu tuna, mungkin kita perlu menambah setengah sudu lagi bagi menambahkan nilai kalori dan protein.
Tidak perlu untuk menambah nasi sehingga dua pinggan jika luar dari kebiasaan dan seperti memaksa tubuh, tubuh kita juga memerlukan tempoh penyesuaian. Jadi, tambah porsi makanan secara berperingkat.

2) Tambah waktu makan
Jika kebiasaan kita makan 3 kali sehari jadikan 6 kali sehari. Bermakna, 3 menu utama mesti diambil iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Selebihnya ialah waktu snek. Dengan cara menambah waktu makan, kita tidak perlu memaksa diri memakan dalam kuantiti yang banyak untuk mencapai keperluan kalori harian dalam satu masa. Tetapi, kita membahagi keperluan kalori dengan masa yang ditetapkan, dan yang penting ialah DISIPLIN.
Rasa berat atau terbeban untuk makan snek? Senang! Pastikan anda sediakan snek sihat dalam beg kerja, pantri pejabat, stor atau peti sejuk di rumah bahkan dalam kereta. Alah bisa tegal biasa.

3) Makan sedikit tapi kerap.
Tip ini adalah gabungan dua tip diatas. Senang cerita, pilih makanan utama dan snek yang sihat, kuantiti makanan yang termampu tapi tidak berlebihan, disiplin waktu makan utama, dan makan snek sihat secara kerap.

4) Tambah kalori makanan secara sihat
Tidak semestinya kita perlu memilih makanan yang tinggi dengan gula, lemak tepu dan garam. Anda tetap perlu makan secara sihat, tambahan kalori boleh dicapai dengan menambah matjerin, mentega kacang, keju, telur, tuna atau sardin pada roti sandwic. Juga boleh ditambah, dengan memasukkan minyak zaitun pada salad atau mayonis pada hirisan buah-buahan.
Kalori juga boleh ditambah dengan penggambilan susu, jus buah-buahan, yogurt dan sebagainya sebagai minuman.

5) kurangkan pengambilan makanan ringan
Ya! Makanan ringan kaya dengan kalori tetapi ia juga kaya dengan lemak tepu, gula, garam dan bahan tambahan lain. Anda tidak perlu mengambil makanan ringan semata-mata untuk menambah kalori harian. Sentiasa mencari alternatif makanan sihat yang kaya dengan nutrien. Anda tidak mahu menjadi orang yang berbadan langsing tetapi tinggi kolestrol darah, bukan?

6) Teruskan bersenam
Mungkin ada antara kita yang takut untuk bersenam kerana percaya akan mengurangkan lagi berat badan. Kenaikan berat badan memerlukan penggunaan tenaga yang kurang, ya! Tidak dinafikan, tetapi bersenam akan menyihatkan tubuh badan, meningkatkan selera makan serta komposisi otot dalam badan terutamanya senaman angkat berat. Secara tidak langsung, bersenam juga akan membantu kenaikan berat badan. Dengan syarat, jangan berlebihan dan makan secara seimbang.

7) Supplemen jika perlu
Ada individu yang cuba mengambil supplemen protein untuk menambah otot. Tetapi, berhati-hati kerana terdapat produk yang mengandungi bahan terlarang dan memudaratkan kesihatan.
Anda perlu berusaha secara sihat sebelum mengambil langkah alternatif seperti pengambilan supplemen. Dapatkan nasihat pakar sebelum mengambil mana-mana supplemen.

8) banyakkan bersabar.
Seperti individu yang ingin menurunkan berat badan, individu yang hendak menaikkan berat badan juga perlu bersabar, berdisiplin dan istiqamah dalam mencari dan melaksanakan penyelesaian masalah berat badan.

dipetik dari : http://tanyadietitian.blogspot.com

Tips Diet secara sihat


3 Hidangan Sehari
Makan sekurang-kurangnya tiga hidangan sehari dan rancang menu anda terlebih dahulu. Samada anda makan dirumah, pek makanan dari rumah atau makan di luar, perancangan menu harian akan membantu anda merancang menu sihat!

Hidangan seimbang
Seimbangkan hidangan dalam pinggan anda dengan porsi pelbagai jenis makanan. Separuh dari pinggan terisi dengan sayur-sayuran, suku pinggan dengan lauk-pauk seperti daging, ayam atau ikan dan suku pinggan lagi terisi dengan bijirin seperti sayur, mee, bihun, pasta dan sebagainya. Untuk melengkapkan lagi hidangan anda, tambah segelas susu kurang lemak dan sehidangan buah-buahan sebagai pencuci mulut.


Tukar Saiz Pinggan Anda
Cuba tukarkan pinggan makan yang besar kepada pinggan yang lebih kecil. Ini akan membantu anda merasa lebih puas meskipun menikmati makanan berporsi sedikit.

Nikmati makanan berkalori rendah terlebih dahulu
Mulakan sesi menjamu selera anda dengan makanan rendah kalori seperti buah-buahan, sayur-sayuran atau salad. Setelah itu, baru nikmati hidangan utama dan hidangan lain.

Fokus pada makanan Anda
Pilih tempat makan yang bersesuaian untuk menikmati makanan dan seboleh-bolehnya makanlah dirumah. Makan sambil melakukan aktiviti lain akan menyebabkan anda makan banyak tanpa disedari, seperti makan dihadapan televisyen, melayari internet dan mungkin juga membaca buku.

Berhenti sebelum kenyang.
Anda perlu tahu bila anda sudah makan secukupnya. Berhenti makan sebelum anda 'penuh'. Ia memerlukan kira-kira 20 minit untuk otak kita mendapat mesej bahawa badan kita sudah memperolehi makanan. Apabila mesej ini sampai, rasa lapar akan terhenti. Jadi, jangan makan dengan gelojoh~ nikmati makanan anda dan berilah peluang otak anda untuk dapatkan mesej tersebut.

Makan lebih banyak serat
Tingkatkan pengambilan serat melalui buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh. Serat akan membantu anda menahan lapar dan merasa kenyang lebih lama, dan paling penting menurunkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.

Hati-hati dengan porsi makanan anda
Amalkan sikap prihatin terhadap porsi makanan anda. Ini menjamin strategi pengurusan berat badan anda berjalan lancar. Sedikit pertambahan atau pengurangan pada porsi bermakan perubahan pada jumlah kalori yang anda ambil. Tanpa menggunakan cawan sebagai pengukur, anda perlu anggarkan 1 cawan bijirin penuh atau 1/2 cawan nasi, pasta, mee, atau bihun. Setelah dianggarkan, cuba semak balik amaun sebenar dengan menngunakan cawan pula. Lama-kelamaan anda akan terbiasa, cubalah!

Snek sihat
Pilih snek berdasarkan kandungan kalori dan nutrien. Masukkan snek kedalam kiraan kalori harian anda dan limitkan hanya satu hidangan sekali. Rancangkan snek yang sihat bagi mengelakkan kelaparan sebelum hidangan utama. Pastikan anda membawa snek sihat di meja/pantri pejabat, beg galas atau kereta. Antara pilihan snek yang bijak ialah buah-buahan, sandwich, biskut mil penuh, yogurt rendah lemak dan banyak lagi.

Ikutilah langkah-langkah diatas~ anda mungkin tidak memerlukan sebarang produk untuk kekal sihat.
Dan jika anda mengambil sebarang produk, pastikan nutrien yang dibekalkan mencukupi.. Tanyalah Pakar!

Dipetik dari : http://tanyadietitian.blogspot.com

Saturday, September 15, 2012

kalori oh kalori@@@

uhuuu.... until now belum makan nasi lagi... dh mula sikit lapau.. pagi mcm biasa, aloe, teamix n shake.. hari ni tambah kurma 2 biji, limau 1/2 biji, oat 1 1/2 sudu, madu skit.. hasil nye = sedap... yummieee!!!

tadi masak ikan siakap masak stim lagi.. nasi 1 pot kecik je, n sayur sawi(belum masak).. tp sbb hubby nk turun niaga awal, x makan la hari ni... try n error the way yg baru plk utk diet... biasala.. diet ni nak kene tgk situasi jugak...

hari ni nak share yg uolls pasal diet yg betul.. ada stengah org cakap, klu nak diet, kene tahan makan.. xleh makan byk2, kene skip sarapan, makan mlm dll... ada plk yg konon nk jimat masa, waktu lain xmakan, sekali gus je bantai nasi petang kira utk sarapan, makan tghari, n makan malam terus... 3 in 1.. pastu, bila bantai tu, smpai xhengat la.. adus... sian la perut tu cik oiiii...

1st things yg kene tau bile nak diet ialah, berapa kalori yg kita makan, dan berapa kalori yg kita perlukan, contoh, basically, perempuan perlukan 2100kalori utk dibakar menjadi tenaga... n lelaki pula perlukan 2300 kalori sehari.. tp, bukan semua org sama... dan bagi setiap jenis pekerjaan juga berbeza.. org yg bekerja pejabat perlukan kalori yg kurang berbanding org yg bekerja di ladang... bg org yg nak mengurangkan berat badan, perlu makan kurang dr kalori yg diperlukan oleh badan.. ini akan menyebabkan protien dr lemak dan muscle kita dibakar menjadi tenaga. bagi yg nak kekal kan berat badan, ambik ikut jumlah kalori yg diperlukan... dan yg nak naik berat badan perlu ambil kalori melebihi yg diperlukan..

ok la, mesti ramai yg pening pasal kalori ni kan? xpe la... yg penting kita tahu apa yg kita makan.. biasa nye, pada bungkusan makanan akan ditulis utk setiap saiz 1hidangan, berapa kalori yg terkandung... so, dari situ, kita boleh budget berapa lg kalori yg kita boleh makan.. so, mcm mane pulak dgn nasi? nasi kosong semangkuk sup kecil tu 200 kg kalori.. so, tmbah je la lagi.. uolls boleh rujuk berapa kalori ni kt google search ye.. apa yg penting, utk mengelakkan kalori ni jd beban pada badan, biasakan ambil makanan yg kurang lemak... lebih kan sayur dan buah-buahan.. walaupun ada kalori, tp dia byk fiber n zat, dan cepat dibakar jd tenaga.. so, xde la tersimpan dlm bdn dlm bentuk lemak.. berbanding daging n ayam, wlaupun ada protien kene ambil less sbb nnti kalori nye dan lemaknye yg byk tu akan tersimpan dlm badan kite... huhuhu... hasil nye, bertambah la berat lemak badan... utk dpt kan protien yg kurang lemak, bykkan makan ikan, kekacang, soya, dan tempe..yg boleh lebihkan yg rebus,stim, dan bakar..

eh, bukan xblh langsung makan daging n ayam tau!.. nabi pun makan... tp kene ada cara nya... daging kene salai yg minyaknye jatuh ke bawah... jgn makan dgn minyak nye....dan blh makan seminggu sekali je... itu pun kira dh byk la tu.. klu saya, sebulan tu maybe sekali dua je...

wlaupun sayur n buah bagus, tp still ada yg kalori tinggi tau. klu sayur yg paling tinggi kalori ialah kobis, dan buah yg menaikkan berat badan ialah pisang n durian... klu yg xcukup berat tu, rajin2 la makan pisang n durian ye...

utk sarapan, klu pun xde shake ni, jgn asyik bantai nasi lemak je stiap pagi.. nnti cepat je membulat mcm ikan buntal... huhuhu... jgn skip sarapan sbb nnti metabolisma badan akan jadi huru hara... ini akan menyebabkan ketagihan makan sepanjang hari.. so, makan yg ringan, macam roti fiber, biskut oat/fiber, minuman yg bertenaga n ada fiber mcm oat, shake dll...(tp klu dh ambik shake, xperlu yg lain dh yer)... klu nk berat skit pun, just mee hoon rebus... ingat ye, utk org yg nak turun berat bdan, hanya boleh makan mee hoon... itu pun yg rebus...mee kuning xdigalakkan... tq.


ok la... putera tersayang dh bgn... see ya...

ngeri nyer tgk makanan!!!

oh tidak... malam ni betul2 merosakkan diet saya...ada jemputan hari raya plk... xpegi kang, jiran pulak, dh block kereta, xleh keluar.. xpe la.. pegi je la... nasib baik tahu sebelum bancuh shake, so, terpaksa la batalkan niat nak bancuh shake... huhuhu.. nanti double rindu kt shake...
smpai tmpt kenduri, nak juling rasa mata... oh ngeri nyer tgk makanan ni seme!!!... boleh rosak diet saya!!... xpe, sabau,... masih blh control.. just ambik nasi impit 4 potong,kuah kacang, sayur, kuah kurma(kuah je) n limau 2 potong... cukup!!... itu pun ntah brapa kalori dah...
siang tadi dh la makan nasi putih, + ikan goreng seketul + sup bayam (lagi)... oh ya, klu nk diet sendiri pun, sup sayur ni menu asas yg wajib tau!!...
supper - minum kopi R secawan n biskut skit.. + kurma 2 biji.. mcm xbyk makan kan? tp rs macam dh terlebih giler... auww...
Mom IL tanya, abis klu dh minum tu nnti xleh makan la bende lain, abis makanan byk2 kt umah tu nnti sape nk makan? biar smpai rosak ke? abis tu klu dh minum shake tu dh jadi kenyang, nnti makanan lain xdimakan?
adus ..dus.. dus... boleh makan... sape nk turun berat badan je yg kene control skit makan... but tetap blh makan seme2 tu... rs skit2 je sudah le...xkan makan skeping biskut pun blh jd gemuk kot kan? huhuhu..
k la... nite all... blaja utk diet yg betul tau!!!

gambar hiasan: ngeri tak?


Friday, September 14, 2012

i'll no need more food anymore!!

baru tgahari, tp menyempatkan diri jugak... rs cam dh xnak makan apa2... bukan cakap bohong, xmakan nasi pun dh rs full, bila tmbah nasi, rs cam very2 full house la perut ku ini... oh tidak... still the same way,
but today n smlm kitaorg tmbah oat n madu dlm shake, mnyebabkan rs sgt sedap n jd giler bayang dgn shake ni... ouch...serius... luarbiasa rs kenyang... but still can work as usual!!!!